Bayar Online @ COD (Barang Sampai Baru Bayar)

Bayar Online @ COD (Barang Sampai Baru Bayar)

Bayar Online @ COD (Barang Sampai Baru Bayar)

Bayar Online @ COD (Barang Sampai Baru Bayar)

Bayar Online @ COD (Barang Sampai Baru Bayar)

ProBioMax ialah Gabungan Probiotik Hidup + Asid Amino Gred Tinggi Yang Bertugas Memulihkan Ekosistem Tanah, Mengaktifkan Akar Dan Menjadikan Pengunaan NPK Lebih Berkesan & Dos NPK Berkurang Sehingga 60%

Kandungan utama ProBioMax:

🦠 Bacillus cereus – Menguraikan sisa organik & baja lama

🧫 Paenibacillus xylanivorans – Mengurai lignin & selulosa, mempercepatkan pembentukan humus

🔬 Stutzerimonas stutzeri – Menstabilkan pH & bantu penyerapan nitrogen

🧪 Priestia sp. – Menghasilkan enzim & hormon pertumbuhan akar (IAA & NAA)

Fungsi keseluruhan:

Mengaktifkan ekosistem tanah, tingkatkan serapan nutrien, dan galakkan pertumbuhan akar yang sihat.

🔹 Menghidupkan semula mikroorganisma tanah

🔹 Menguraikan sisa baja & racun kimia lama dalam tanah

🔹 Menstabilkan pH tanah (5.5–6.5)

🔹 Menggemburkan struktur tanah supaya akar mudah bernafas

🔹 Menggalakkan penyerapan nutrien & meningkatkan hasil tanaman

Kandungan utama ProBioMax:

🦠 Bacillus cereus – Menguraikan sisa organik & baja lama

🧫 Paenibacillus xylanivorans – Mengurai lignin & selulosa, mempercepatkan pembentukan humus

🔬 Stutzerimonas stutzeri – Menstabilkan pH & bantu penyerapan nitrogen

🧪 Priestia sp. – Menghasilkan enzim & hormon pertumbuhan akar (IAA & NAA)

Fungsi keseluruhan:

Mengaktifkan ekosistem tanah, tingkatkan serapan nutrien, dan galakkan pertumbuhan akar yang sihat.

🔹 Menghidupkan semula mikroorganisma tanah

🔹 Menguraikan sisa baja & racun kimia lama dalam tanah

🔹 Menstabilkan pH tanah (5.5–6.5)

🔹 Menggemburkan struktur tanah supaya akar mudah bernafas

🔹 Menggalakkan penyerapan nutrien & meningkatkan hasil tanaman

Siapa yang sesuai guna Probiomax?

ProBioMax sesuai untuk semua jenis pekebun yang ingin pulihkan tanah, hasil stabil musim ke musim dengan kos lebih terkawal.

Terutamanya:

1. Kebun yang sudah berusia atau tanah yang dah banyak musim

✔️ Tanah padat, masam, kurang mikrob
✔️ NPK dah letak banyak tapi respon pokok makin perlahan
✔️ Hasil turun selepas beberapa musim

2. Pekebun yang nak stabilkan hasil musim ke musim

✔️ Hasil naik sekejap, turun balik
✔️ Tandan ringan / isi padi tak sekata / daun sayur cepat rosak
✔️ Kos baja & racun makin tinggi

3. Ladang sawit, padi, durian & sayuran yang mahu jimatkan NPK musim ke musim!

✔️ Nak pokok dapat serap NPK secara optimum
✔️ Nak kurangkan pembaziran input pertanian
✔️ Nak akar lebih aktif & serapan lebih cepat

6. Pengusaha replant / kebun baru buka

✔️ Nak akar cepat establish
✔️ Nak elakkan risiko tanah bermasalah pada awal penanaman
✔️ Nak struktur tanah sihat dari awal

Kesimpulan

Jika matlamat tuan ialah tanah kembali subur, akar aktif, hasil stabil dan kos terkawal — ProBioMax memang sesuai.

Digandingkan dengan NPK, bukan diganti, supaya prestasi kebun naik musim demi musim.

Probiomax Berfungsi Dengan Menghidupkan Semula Tanah Melalui Probiotik Hidup Dan Asid Amino Gred Tinggi.

Apabila Tanah Kembali Aktif, Akar Jadi Lebih Kuat, Nutrien Terikat Dibuka Semula, Dan Baja NPK Yang Tuan Guna Diserap Dengan Lebih Cekap.

Bila Kecekapan Serapan Meningkat, Pokok Lebih Sihat, Pertumbuhan Lebih Sekata, Dan Hasil Mula Stabil Dari Musim Ke Musim.

Ringkasnya:

→ Probiotik Hidup Aktifkan Tanah
→ Akar Makan Lebih Cepat & Lebih Padu
→ Npk Bekerja Lebih Kuat
→ Hasil Stabil & Meningkat Musim Ke Musim
→ Kos Pembajaan Boleh Dioptimumkan Dari Musim Ke Musim.

Berapa lama nak nampak kesan ProBioMax?

Tanda awal biasanya muncul dalam tempoh 2–8 minggu, bergantung kepada jenis tanaman, keadaan tanah dan cara penggunaan.

Minggu 2–3 (Tanda Awal)
  • Tanah mula gembur & bernafas

  • Akar lebih aktif

  • Pucuk baru mula keluar

Minggu 4–6 (Pertumbuhan Stabil)
  • Daun hijau pekat, tak pucat macam sebelum ini

  • Pertumbuhan lebih sekata antara pokok

  • Serapan NPK semakin baik

Minggu 6–8 (Kesan Jelas di Ladang)
  • Nampak beza pada vigor pokok

  • Pengurangan masalah daun/akar

  • Potensi hasil lebih stabil musim ke musim

Musim Seterusnya (Hasil & Kos)
  • Hasil lebih sekata dan stabil

  • Kos NPK & racun boleh mula dioptimumkan

  • Tanah makin ‘hidup’ dan respons pokok makin kuat


Kesimpulan Ringkas

ProBioMax bukan kesan “hari ini sembur, esok nampak”. Ia bekerja dalam tanah, aktifkan akar dan naikkan kecekapan NPK secara berperingkat — sebab itu kesan penuh dilihat lepas 1 musim, tapi tanda awal jelas biasanya sudah ada dalam 2–8 minggu.

Bila ROI boleh nampak lepas guna ProBioMax?

ROI ProBioMax bergantung kepada jenis tanaman, keadaan tanah, tahap stres pokok, dan cara penggunaan.

Apa yang membentuk ROI lebih cepat?
1) Penjimatan NPK & racun (berperingkat)

Bila tanah dah “hidup balik”, pokok cekap serap nutrisi

➡️ Dos NPK boleh dioptimumkan (bukan potong terus).

➡️ Semburan racun lebih berkesan bila akar & tanah sihat.
Ini yang biasanya memberikan ROI paling cepat.

2) Pertumbuhan & hasil musim depan lebih stabil

Selepas 1 musim:

  • Tandan lebih berat / isi padi lebih sekata

  • “Pokok tak subur” makin kurang

  • Reject hasil lebih rendah
    Semua ini menyumbang kepada nilai pulangan dalam masa singkat.

3) Kurangkan kos jangka panjang

Tanah yang makin pulih →

  • Kurang pembaziran baja

  • Kurang rawatan “panik” (daun/akar/stress)

  • Penyelenggaraan lebih sistematik
    ROI jadi lebih kukuh musim ke musim.


Kesimpulan

Kebanyakan pengguna mula nampak ROI dalam 1 musim, dan ia semakin jelas bila tanah sudah pulih sepenuhnya selepas beberapa kitaran penggunaan.

Fokus ProBioMax bukan “pulangan segera”, tetapi membetulkan ekosistem tanah, meningkatkan kecekapan NPK, menurunkan kos input secara berperingkat, dan menghasilkan hasil yang lebih stabil dari musim ke musim.

Ya, ProBioMax selamat.

Ia ialah formulasi probiotik hidup + asid amino gred tinggi dan tidak mengandungi tinja haiwan, hormon terlarang, atau bahan kimia merbahaya.

ProBioMax dirumus khas untuk memulihkan tanah, bukan merosakkan struktur tanah atau akar.

Apa yang ada dalam ProBioMax?

✔️ Probiotik hidup (bakteria baik pertanian)
✔️ Asid amino gred pertanian
✔️ Nutrien pendukung untuk aktifkan mikrobiom tanah
✔️ Medium air yang dikawal pH

Apa yang TIADA dalam ProBioMax?

❌ Tiada bahan kimia merbahaya
❌ Tiada tinja haiwan (lebih bersih & selamat)
❌ Tiada racun, hormon pelik, atau penggalak sintetik
❌ Tiada kandungan yang merosakkan tanah jangka panjang

Selamat pada pokok & selamat pada tanah
  • Tidak merosakkan akar

  • Tidak membakar daun atau batang

  • Boleh digunakan walaupun tanah asid atau padat

  • Sesuai digandingkan dengan semua jenis NPK

 
Kesimpulan Ringkas

ProBioMax selamat, bersih dan dibuat khusus untuk memulihkan tanah jangka panjang.
Ia bukan baja kimia, tetapi baja probiotik hidup yang bantu akar makan lebih cepat & stabilkan hasil musim ke musim.

Tidak.

ProBioMax bukan pengganti NPK. Ia adalah “penambah kecekapan”.

NPK membekalkan nutrien.
ProBioMax membantu akar serap nutrien dengan lebih banyak & lebih cepat.

Bakteria dalam ProBioMax akan urai balik baja-baja lama yang terkunci dalam tanah yang mana sebelum ini belum dapat diserap oleh tanah.

Selepas beberapa minggu apabila tanah pulih, barulah dos NPK boleh dikurangkan berperingkat — ikut bacaan kebun, bukan ikut tekaan.

Masalah besar pertanian di Malaysia bukan kekurangan NPK, tetapi ketidakcekapan tanah menyerapnya.

Faktor utama tanah merosot:

  • Penggunaan baja kimia berlebihan

  • Tanah padat / masam

  • Mikroorganisma tanah hilang

  • Nutrien terikat tak larut

ProBioMax membantu memulihkan “sistem hadaman tanah”, supaya:

  • NPK tak terbazir & jimatkan baja sehingga 60%

  • Nutrien terikat dilepaskan

  • Akar kembali aktif

  • Hasil stabil panjang

ProBioMax sesuai untuk semua jenis tanaman utama Malaysia:

  • Sawit

  • Padi

  • Durian / dusun buah

  • Sayuran ladang

  • Fertigasi

  • Replant (tanaman baru buka)

Setiap jenis tanaman ada jadual tersendiri yang HQ sediakan.

Bila tanda-tanda berikut muncul:

  • Tanah gembur

  • Akar aktif

  • Daun hijau stabil

  • Pertumbuhan pokok meningkat

Biasanya selepas fasa pemulihan tanah (4 Bulan Pertama), bukannya dari awal penggunaan.

HQ akan bantu melalui Group Support untuk elakkan salah potong dos.

Tidak.

ProBioMax tidak mengandungi apa-apa bahan yang “memaksa pertumbuhan”.

Ia bekerja secara semula jadi — menyihatkan tanah dan mengaktifkan akar.

Hingga 3 tahun, jika disimpan:

  • Di lokasi teduh

  • Tidak kena panas berlebihan

  • Tudung tidak ditutup rapat

Kualiti probiotik kekal stabil.

Perbezaan utama ProBioMax:

EM = Untuk kompos & sisa.\

ProBioMax = Untuk tanah & tanaman.

______________________________________

1) Kepekatan & Kekuatan
  • EM: Cair, dana jumlah bakteria sedikit

  • ProBioMax: Jauh lebih pekat. 1 ml = ±100 juta bakteria aktif.


2) Ketahanan Dalam Tanah
  • EM: Koloni cepat mati bila panas/UV/hujan.

  • ProBioMax: Sangat stabil. Spora Bacillus & Paenibacillus tahan cuaca.


3) Fungsi Utama
  • EM: Sesuai untuk kompos, sisa organik & bau reban.

  • ProBioMax: Memang dibuat untuk tanah & tanaman – akar, nutrien, pH, hasil, dan kawal penyakit.


4) Kesan Pada Tanah
  • EM: Asidik (pH rendah). Jika guna selalu → tanah makin masam.

  • ProBioMax: Stabilkan pH tanah ke range ideal akar (5.5–6.5) untuk jangka masa lama.


5) Kesan Penguraian
  • EM: Penguraian perlahan.

  • ProBioMax: Penguraian cepat – aktifkan baja terkunci & kuatkan serapan nutrien.


6) Kawal Penyakit
  • EM: Antagonis biasa, kurang kuat.

  • ProBioMax: Sangat berkesan untuk kawal & halang Ganoderma, Fusarium, Kanker, akar reput.


7) Penggunaan Dalam Cuaca
  • EM:

    • Musim hujan → cepat cair, hilang.

    • Musim panas → mudah mati.

  • ProBioMax:

    • Lebih tahan hujan.

    • Stabil walaupun panas atau tanah kering.


8) Tempoh Kesan
  • EM: Kesan sekejap, perlu ulang kerap.

  • ProBioMax: Kesan stabil 1 musim ke atas (jika tanah konsisten dirawat).


9) Kawasan Penggunaan
  • EM: Berfungsi atas permukaan (kompos, sisa, kolam).

  • ProBioMax: Fokus terus pada akar & tanah (rizosfera).


10) Fizikal & Penyimpanan
  • EM: Bau masam, pH sangat rendah, cepat rosak jika panas.

  • ProBioMax: Bau tanah, pH lebih neutral, shelf-life lebih panjang.

ProBioMax bukan “mikrob rawak”. Ia formulasi antaranya 4 strain probiotik pertanian khusus untuk pemulihan tanah.

Setiap pembeli akan dijemput ke Group Support HQ.


Dalam group ini:

  • Anda boleh hantar gambar kebun

  • Agronomist HQ akan betulkan dos

  • HQ akan berikan jadual ikut tanaman & umur pokok

  • Semua soalan akan dijawab secara real-time

Anda tidak akan dibiarkan guna sendiri.

Anda juga boleh rujuk cara guna lengkap di website

Cara Guna Probiomax

Kami faham setiap

ANDA mahukan hasil, bukan sekadar janji.

Sebab itu, kami berikan JAMINAN
PULANGAN WANG 100%
SELEPAS 120 hari PENGGUNAAN.

Cuba ProBioMax selama 4 bulan penuh — ikut cara penggunaan yang disarankan & AMBIL GAMBAR PROGRESS TANAMAN ANDA

Jika tiada sebarang perubahan positif pada tanah, pokok atau hasil kebun anda, kami akan pulangkan wang anda.

Tiada risiko. Tiada kerugian.

Cuma peluang untuk ubah hasil kebun anda menjadi lebih baik.

ProBioMax menghalang penyakit tanah bukan melalui racun, tetapi melalui pemulihan ekosistem tanah dan pengaktifan akar.

Ia bekerja secara biologi, bukan secara “membunuh secara kimia” seperti racun.

Berikut 4 mekanisme utama:


1. Probiotik Baik “Rampas Ruang” Dari Patogen (Competitive Exclusion)

Dalam tanah ada mikrob baik & buruk.
Bila probiotik hidup dari ProBioMax masuk, ia:

  • Duduk di zon akar (rhizosphere)

  • Membiak & mengisi ruang akar

  • Menghalang patogen seperti Fusarium, Pythium, Rhizoctonia dan Ganoderma daripada melekat di akar

Ringkasnya: patogen hilang peluang untuk menyerang akar kerana ruang sudah dipenuhi mikrob baik.


2. Aktifkan Sistem Pertahanan Pokok (ISR)

Sebahagian strain dalam ProBioMax aktifkan Induced Systemic Resistance (ISR) — iaitu pertahanan semula jadi pokok.

Bila ISR aktif:

  • Pokok lebih cepat respon bila ada ancaman

  • Sel akar lebih tebal & kuat

  • Serangan penyakit menjadi lebih sukar untuk menembusi tisu tanaman

Ini sebab pokok jadi “kurang manja” dan lebih tahan cuaca/serangan.


3. Pulihkan Tanah & Kurangkan Tekanan Patogen

Penyakit tanah mudah berlaku bila tanah:

  • Padat

  • Masam

  • Kurang oksigen

  • Mikroorganisma seimbang

ProBioMax:

  • Gemburkan tanah

  • Tingkatkan oksigen di zon akar

  • Seimbangkan mikrobiom tanah

  • Kurangkan “stress” pokok

Bila tanah stabil, patogen tidak boleh membiak secara agresif.


4. Akar Lebih Aktif → Pokok Lebih Kuat Melawan Penyakit

Akar yang sihat memberi:

  • Serapan nutrien lebih tinggi

  • Pertumbuhan lebih sekata

  • Pokok mempunyai lebih tenaga untuk pulih

  • Sistem akar kurang mudarat bila berlaku serangan

Dengan akar kuat, pokok kurang terjejas walaupun ada patogen dalam tanah.


Kesimpulan

ProBioMax tidak membunuh penyakit tanah seperti racun, tetapi ia menghalang penyakit dengan cara:

  • Menambah “askar baik” dalam tanah

  • Mengganggu peluang patogen melekat di akar

  • Mengaktifkan sistem pertahanan pokok (ISR)

  • Memulihkan tanah supaya patogen tidak dominan

  • Menguatkan akar untuk melawan serangan

Sebab itu banyak kebun sawit, padi, durian dan sayuran melaporkan kurang masalah akar, batang & daun selepas beberapa minggu penggunaan.

Diproses dan Diedarkan Oleh

MSR GROWTH SDN. BHD.

Reg. No :202301048186 (1542100-H)
Email : probiomaxmalaysia@gmail.com
Tel : +6011-20794210

Facebook™ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site of probiomaxofficial.com is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owner Terms & Conditions | Privacy Policy